Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
GURU MALAYSIA:
1ASPIRASI, 1AGENDA
Setiap tahun
tarikh 16 Mei menjadi tarikh penting bagi semua warga pendidik. Hari di mana
mereka di rai bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak
bangsa menjadi modal insan berguna. Penat lelah guru dan warga pendidik ini
telah menyaksikan lahirnya ramai golongan cerdik pandai dalam masyarakat kita
hari ini. Bak rangkap sajak oleh Usman Awang;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri
berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Nostalgia ketika
di zaman persekolahan tidak akan saya lupakan. Saya memulakan persekolahan di
sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, seterusnya menyambung peringkat menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada warga pendidik di Sekolah yang
saya belajar dan tidak lupa juga buat Pensyarah-pensyarah di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Buat semua warga pendidik di seluruh Negara, terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan, jasa kalian dalam mencurahkan keringat
demi anak bangsa akan terus disanjung dan dikenang. Terima Kasih Cikgu..