Barisan Nasional adalah sebuah parti yang berlaku dan adil dan berusaha sebaik mungkin dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat. Ini terbukti apabila Encik Zulkifli Awang, 46, dari Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu bersyukur kerana kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan yang tidak bernasib baik untuk menerima e-Book walau pun anak beliau dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
![]() |
| gambar hiasan |
Anaknya Ahmad Fahmi, 10, yang mengalami sakit saraf kini berada dalam Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Khas (SKK) Padang Hiliran di sini, menerima e-Book daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama 667 pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, kesungguhan kerajaan untuk merubah nasib generasi baru hari ini mencapai kejayaan kecemerlangan dalam bidang pelajar amat dikagumi semua pihak sekali gus terbukti kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pilih kasih.
Ketika ditemui dalam majlis pengagihan e-Book Dun Bandar di Kompleks Seri Iman, beliau turut melahirkan rasa terharu kerana 2 orang anak beliau yang mengalami kelainan upaya (OKU) tidak dipinggirkan dalam senarai penerima e-book. Beliau juga sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama Menteri Besar, kerana dengan adanya e-Book, diharap dapat membantu proses pembelajaran anaknya faktor kecacatan mereka yang hanya membolehkan mereka belajar melalui sentuhan sahaja.
Ini antara bukti dasar kerajaan Barisan Nasional yang tidak meminggirkan rakyat yang layak diberi bantuan dan bukti jelas kerajaan negeri prihatin akan pendidikan setiap pelajar di negeri Terengganu tanpa mengira kondisi mereka.

















0 comments:
Post a Comment