Tuesday, 3 April 2012

Jangan terpengaruh dengan agenda jahat pembangkang..

Segala dakyah politik, fitnah serta agenda jelik parti PAS perlu ditepis dan seharusnya dinilai oleh rakyat dalam memahami agenda jahat politik mereka. Rakyat juga perlu membuka mata dan menolak Parti Pembangkang jika mahu terus mengecapi keharmonian serta kesenangan yang dirasakan pada masa kini. 


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, rakyat negeri ini perlu menolak usaha pihak tidak bertanggungjawab khususnya pemimpin Pas yang cuba memperbodohkan pemikiran rakyat dengan janji yang bersifat ‘khayalan’.

gambar hiasan
Beliau turut menambah, pembangkang kini dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya akan datang dan dilihat aktif dalam menabur janji-janji kosong kepada masyarakat demi meraih sokongan. Tidak hanya menabur janji kosong, mereka (pembangkang) juga sanggup menipu demi kepentingan politik kotor mereka untuk menjadi wakil rakyat. 

Dato’ Seri Ahmad turut berpesan agar rakyat negeri ini  tidak mensia-siakan undi dalam memilih kerajaan yang lebih berwibawa demi memastikan pembangunan asas di negeri ini dapat diperbaiki.
Perkara ini hanya dapat dicapai sekiranya kerajaan yang dipilih benar-benar berwibawa dan dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta berpengalaman.

Beliau berucap pada majlis penyerahan e-Book peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Anak Dara, Kemaman hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan e-Book percuma kepada 677 murid tahun empat dari 10 buah sekolah di DUN berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin.

Daripada jumlah itu, 155 pelajar dari SK Bukit Kuang, SK Kijal (141), SK Meraga Beris (45), SK Ibok (64), SK Bukit Anak Dara (22), SK Seri Bandi II (55), SK Payoh (35), SK Seri Bandi (88), SK Padang Kubu (37) dan SK Telok Kalong (41).




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment