Tuesday, 24 July 2012

Selamat berjuang atlet Olimpik demi Impian Emas Malaysia!!!

Pejam celik , pejam celik hanya 3 hari lagi sebelum ketibaan temasya sukan terbesar dunia iaitu Olimpik London 2012 yang akan secara rasminya dimulakan pada 27 Julai 2012. Ramai sedia maklum, atlet yang mewakili Negara dalam pelbagai acara ini dan 7 daripadanya adalah anak jati Terengganu kita. Inilah produk sukan yang Terengganu berjaya hasilkan daripada modul sukan serta pelbagai insentif dari Kerajaan Negeri.

Atlet terawal yang mengesahkan tiket ke temasya itu, iaitu dua dari acara berbasikal trek, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa serta dua atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Nur Shafiqah Hashim serta seorang atlet paralimpik, Muhamad Azwar Bakar bagi acara ping pong.




Kejohanan Olimpik pada kali ini juga mencabar bagi atlet yang beragama Islam sempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mana semua Umat Islam berpuasa pada bulan yang mulia ini. Namun ingin saya berpesan, jangan cepat untuk mudah berputus asa hanya kerana anda berpuasa. Sejarah telah membuktikan bagaimana suatu ketika dahulu, Perang Badar menyaksikan umat islam yang berperang dengan musyrikin Mekah di Bulan Ramadhan dan umat islam bangkit sehingga mampu mencapai kemenangan dalam Perang Badar.

Para atlet patut menjadikan peristiwa ini sebagai motivasi untuk mereka demi menggalas harapan Negara mencapai impian Emas pertama Negara. Walaupun sandaran besar dipikul oleh Datuk Lee Chong Wei namun jauh di sudut hati, saya ingin menyaksikan anak Terengganu menggenggam emas di sukan paling berprestij di dunia ini.



Sukan mampu menyatupadukan tanpa mengira bangsa, agama, keturuanan dan warna kulit. Bagi atlet yang layak ke sukan olimpik membuktikan pada dunia mereka adalah atlet terbaik dunia yang akan bertanding demi Negara tercinta serta membuktikan pada seluruh dunia usaha, kecekalan, kegigihan seta matlamat untuk menjadi yang terbaik membawa mereka ke pentas olimpik.

Insyaallah, saya sendiri juga akan berkesempatan untuk pergi ke London untuk memberi sokongan moral buat atlet-atlet kita di sana. Kepada semua atlet, saya ucapkan selamat berjuang, saya serta 28 juta rakyat Malaysia memberikan sokongan jitu kepada anda semua dan yakinlah bahawa anda boleh serta Malaysia boleh.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. sayangnya labels ni tidak termasuk gambar azwar bakar.rakan baik saya.Entah mengapa saya yg sempurna sgt terharu apabila atlit paralimpik seringkali diketepikan sedangkan ia berstatus olimpik bg sukan paralimpik tambahan pula ia adalah sukan ping-pong yg mmg terkenal sukar permainanannya.

    ReplyDelete
  2. sayang sekali labels gambar ini tidak termasuk rakan baik saya azwar bakar.Entah mengapa saya yg sempurna ini sgt terkeliru mengapa kategori paralimpik sering mendapat tempat no 2 sedangkan ia adalah olimpik.Ironinya, naluri saya berkata bahawa dia akan balik membawa pingat untuk negara. Ping-pong bukanlah sukan tradisi di Malaysia tetapi mempunyai peminat yg cukup ramai di seluruh dunia. Permainannya berstatus sukar.Buat Azwar..saya doakan kejayaan walaupun saya bukan anak jati negeri terengganu.

    ReplyDelete
  3. ke ianya(gmbr)tiada dlm simpanan YB Dato' Seri?Saya bukan anak Terengganu tetapi sgt mengambil perhatian mengenai reputasi azwar bakar@ibrahim bahawa beliau akan membawa pulang pingat.Klu ia berjaya..Alhamdulillah

    ReplyDelete