Bencana banjir yang melanda
negeri-negeri di pantai timur ketika ini menyaksikan 3 daerah yag teruk
terjejas iaitu Setiu, Dungun dan Kemaman. Saya juga difahamkan pihak kerajaan
negeri serta Majlis Keselamatan Negara kini giat membantu mengsa-mangsa banjir
yang kini ditempatkan di pusat- pusat pemindahan banjir yang dibuka di setiap
kawasan yang terjejas.
Saya turut merasa sedih di atas
berita kejadian lemas yang melibatkan penduduk di terengganu. Saya sudah mengarahkan
semua agensi terbabit mengambil tindakan segera menyelamatkan mangsa yang
terbabit dengan banjir bagi mempastikan tidak ada lagi nyawa yang terkorban. Saya
turut ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati ibu bapa agar mangawasi
anak-anak mereka. Jangan biarkan anak-anak anda bermain di sungai-sungai atau
kawasan banjir yang mempunyai arus deras kerana dikhuatiri kejadian yang tidak
diingini berlaku.
Masalah logistik dan keperluan
lain termasuk bekalan makanan, selimut, perubatan, pusat pemindahan dan bot
sudah lama disediakan pihak terbabit. kerajaan sudah membuat persiapan yang
cukup rapi untuk menghadapi bencana itu dan orang ramai perlu mengikut arahan yang
dikeluarkan pihak berkuasa.
DYMM Sultan Terengganu, Sultan
Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan melawat mangsa banjir yang terjejas akibat
banjir di daerah Besut. Ia menjadi lokasi kunjungan pertama Baginda Sultan
melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini.
Penduduk dan mangsa banjir kelihatan
gembira dan ceria apabila dikunjungi Baginda Sultan. Kehadiran Baginda Sultan
yang ditunggu rakyat membangkitkan semangat kerana dapat bersua muka dan
bersalaman dengan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sempena keberangkatan
Sultan ke pusat itu, Baginda sempat menyampaikan sumbangan dan makanan kepada
mangsa banjir yang berpindah di situ.
Saya juga menyeru bagi penduduk
negeri ini terutama yang tinggal di persisiran pantai diminta bersiap sedia
kerana kemungkinan berlakunya banjir besar pada 25 dan 26 Disember berikutan
ombak besar berlaku disebabkan air pasang dijangka berlaku pada tarikh
berkenaan.Jika air pasang dan hujan masih berterusan dikhuatiri banjir besar
akan melanda di beberapa kawasan rendah negeri ini kerana pertembungan kejadian
itu.
Akhir sekali, saya meminta agar
penduduk yang terlibat banjir untuk mendengar arahan dari pihak berkuasa bagi
memastikan perjalanan menyelamat berjalan lancar dan dapat mengelak dari
kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan
peruntukkan khas bagi membina rumah baru jika mendapati mangsa banjir
kehilangan tempat tinggal dalam bencana kali ini. Kerosakan kemudahan awam
terutama jalan raya juga akan diberi perhatian serius untuk membaikinya jika
didapati rosak dan musnah dalam kejadian banjir tahun ini.
Wasalam..

















Salam dato' seri, mungkin dato' seri terlepas pandang dlm artikel ini bahawa daerah besut adalah yg paling teruk terjejas...
ReplyDelete