MPPNT (Page 1 of 7)


PENGENALAN

Saya yakin Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional telah banyak membawa pembangunan dan perubahan positif demi kesejahteraan rakyatnya di Negeri Terengganu Darul Iman ini. Kita telah berjaya mewujudkan rakyat golongan kelas menengah  yang semaksima mungkin dan juga pada masa yang sama mengurangkan kadar kemiskinan dengan ketara. Kejayaan ini penting kerana ia membuktikan kecaknaan Kerajaan Barisan Nasional tentang kesejahteraan rakyatnya.

Walaupun begitu dengan peredaran zaman dan dengan cabaran-cabaran semasa, tidak dapat dinafikan masih banyak yang perlu dilakukan oleh Kerajaan. Saya sedar hakikat ini dan telah membuat imbasan sedikit sebanyak apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sehingga hari ini. Bagi melihat realiti semasa, saya telah membuat imbasan ini dari pandangan rakyat.

Dari pengamatan ini, saya perhatikan rakyat Negeri Terengganu terutama di kawasan-kawasan luar bandar masih memerlukan ‘bantuan’ kerajaan untuk menambah kesejahteraan dan kehidupan harian. Kebanyakan daripada rakyat pula ingin kepada ‘ bantuan’ Kerajaan menerusi peningkatan kemudahan asas serta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan terutama dari segi keusahawanan. Mereka sebenarnya  tidakmahu kepada ‘bantuan’ secara ‘sedekah’ Kerajaan.

Justeru menyedari keadaan ini, saya melihat agenda memajukan negeri pada masa kini perlu kembali ke matlamat asas penubuhan sesebuah Kerajaan itu yakni ‘Kerajaan pilihan rakyat mestilah mengikut kehendak rakyat’. Saya memikirkan pendekatan yang lebih mesra dalam semua aspek pemerintahan awam terutama pentadbiran asas pentadbiran dan pembangunan program dan projek awam perlulah menjadi asas Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sebenarnya jika dilihat dari satu sudut, ia adalah anjakan menjurus semula hala tuju kemajuan rakyat dan negeri kepada landasan sebenar semangat penubuhan sesebuah Kerajaan itu. Penjurusan semula ini perlu kerana saya perhatikan terdapat program-program oleh sebahagian besar daripada masyarakat terutama di luar bandar.

Justeru gagasan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu’ (MPPT) ini telah saya perkenalkan di Negeri  Terengganu . Ia merupakan satu konsep yang seiring dengan gagasan ‘ Satu Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Pergi ke mukasurat : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed