-
e-Book Menjana Minda Rakyat
e-Book merupakan antara komponen penting dalam memperkasakan pendidikan di Terengganu, ia menjadi titik tolak yang terpenting dalam persediaan menterjemahkan wawasan untuk menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.
-
Santuari Gajah - Tasik Kenyir
Santuari Gajah yang terletak di Sungai Ketiar kira-kira 56 km daripada Pengkalan Gawi, menjadi tumpuan bagi pelancong merasai keseronokan menunggang gajah dan memberi makanan.
-
Pendidikan
Kerajaan negeri memperkenalkan satu lagi teknologi baru dikenali sebagai i-Iqra dalam usaha memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat Islam.
-
Sukan
Terengganu adalah negeri pertama yang menubuhkan pasukan basikal profesional dan Terengganu juga adalah pasukan negeri pertama layak bertanding dalam Le Tour de Langkawi. Terengganu juga merupakan pasukan negeri pertama beraksi dalam kejohanan basikal antarabangsa, dan negeri yang melahirkan atlet basikal teramai di negara kita, Malaysia.
-
Pertanian Moden
Projek Ladang Kelapa Sawit Rakyat yang dimulakan di Dungun dan ditanam di atas tanah seluas hampir 2,000 ekar sekarang akan diperbesarkan hingga mencapai 50,000 ekar. Negeri Terengganu juga akan menjadi pembekal kambing terbesar di negara ini menjelang 2015. Lapan lembah kaprima akan dibangunkan membabitkan kawasan Lembah Kaprima Peladang Setiu, Telaga Papan, Payang Kayu, dan Mengabang Bakong di Hulu Terengganu, Durian Mentangau, Dungun dan Segading, Besut.
-
Keusahawanan
Sehingga kini, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah menjenamakan beberapa produk dan perkhidmatan seperti rangkaian kedai beroperasi 24 jam iaitu T'Shoppe, T'Kafe, T'Mall, T'Crafts, T'Lodge, T'Lekor, T'Dagang dan T'Hotel.
-
Projek Atap Biru
Demi kesejahteraan rakyat, kerajaan telah menyerap segala kos tambahan agar harga rumah tetap stabil dan mampu dimiliki oleh rakyat. Kemudahan perumahan adalah untuk semua rakyat yang layak tanpa mengira sempadan politik.
-
Perumahan Rakyat
Kerajaan memberi subsidi yang banyak dalam menyediakan perumahan untuk rakyat kerana terpaksa menanggung kos menambun tanah, terutama di kawasan-kawasan rendah dan berpaya.