'Boh Kite' pusing kebuk hasilkan Laksa Terengganu

Dato' Seri Ahmad Said dan jentera BN Terengganu semasa di kempen PRK Dun Rantau (PDM Mambau) bulan lalu sedang menghasilkan laksa Terengganu melalui kaedah tradisional warisan negeri iaitu 'Kebuk'.

Tradisi gotong royong dalam masyarakat kita ini wajar diteruskan pada masa sekarang dan akan datang supaya ia tidak ditelan zaman.

Kebuk/gebuk adalah alat yang digunakan untuk membuat laksa Terengganu yang diperbuat daripada tembaga.

Kebuk tembaga ini sangat popular ketika zaman 40an hingga 80an di mana laksa kebuk dihasilkan secara bergotong-royong oleh penduduk.

Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan sebaik selesai musim menuai padi.

Kini aktiviti menghasilkan laksa dengan menggunakan kebuk tembaga sukar didapati dan usaha untuk mengekalkan tradisi rakyat harus dilakukan oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment