Isu pencerobohan nelayan Vietnam di Terengganu


Pada hari ini sekumpulan nelayan Terengganu berhimpun di Pesisir Payang meminta perhatian pihak berwajib mengambil tindakan yang serius bagi membantu mereka mengatasi masalah pencerobohan nelayan Vietnam di Laut China Selatan.

Daripada kain rentang yang nelayan kita lekatkan pada bot mereka itu antaranya:

  • Pencerobohan nelayan Vietnam semakin menjadi-jadi harap kerajaan ambil tindakan.
  • Vietnam Kenyang Malaysia Kebulur
  • Habis bubu dan unjang kami kerana Vietnam
  • Akibat Vietnam kami menderita
  • APMN tolonglah jaga laut kami
  • Menteri dengarlah keluhan kami

Isu (v) dan (vi) di atas jelas memohon APMN selaku badan penguat kuasa laut dan menteri yang bertanggungjawab serta kerajaan pusat mengambil tindakan wajar dan segera atasi masalah masyarakat nelayan kami yang hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ ini.

Isu ini perlu ditangani secara bersepadu oleh semua agensi yang terlibat dengan permasalahan ini bagi kesejahteraan nelayan kita.




No comments:

Post a Comment