Pelantikan Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu

Alhamdulillah syukur dan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat yang telah memberi kepercayaan melantik saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pelantikan yang dibuat oleh Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno Datuk Mohamad Hasan bagi menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memegang jawatan itu sejak Julai tahun lepas.

Insyaallah dengan pengalaman menerajui kerajaan negeri dan parti sebelum ini saya percaya UMNO khususnya di Terengganu akan bangkit kembali dalam memenangi hati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.

Sama-sama kita bangkit bersama-sama demi agama, bangsa, dan tanah air.

Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional!


No comments:

Post a Comment