Perlembagaan Terengganu dan Johor tidaklah terbatal hanya dengan satu ungkapan oleh PM - Prof Shamrahayu


Saya yakin Perlembagaan Terengganu dan Johor tidaklah terbatal hanya dengan satu ungkapan oleh YAB Perdana Menteri.   

Peruntukan Perlembagaan dua negeri ini adalah selaras dengan peruntukan Perjanjian Persekutuan 1948 dan laporan Suruhanjaya Reid yang membawa kepada Penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini jelas sebagaimana kupasan dari pakar Perlembagaan Prof Shamrahayu sebagaimana berikut:

https://malaysiadateline.com/perlembagaan-johor-dan-terengganu-tidak-terbatal-kata-pakar-undang-undang

Asas pertikaian ada lah mengenai kuasa melantik Menteri Besar. Mari kita tinjau apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa melantik Menteri Besar.

Perlembagaan Persekutuan Jadual Kelapan  2(a) memperuntukkan Raja boleh bertindak menurut budibicaranya pada menjalankan tugas melantik seorang Menteri Besar.

Perkara ini juga telah dimasukkan kedalam Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu jelas Raja Negeri Johor telah menjalankan kewajipaan baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Oleh kerana asas pemerintahan negara adalah Demokrasi Beparlimen dan Raja Berpelembagaan, sewajiblah seorang rakyat Malaysia berpegang teguh kepada Prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

No comments:

Post a Comment