Tahniah juga kepada TYT Duta Rusia dan YB Exco Pelajaran dan ahli keluarga yang telah menjayakan Program Apresiasi Graduan Perubatan ini.
Program pengajian ini merupakan program kerajaan Negeri Terengganu yang dilaksanakan melalui Yayasan Terengganu bermula dari tahun 2010 dengan yuran pengajian yang rendah dan tidak membebankan pelajar membayar balik pinjaman secara perbandingan dengan institusi pengajian dalam dan luar negeri yang lain.
Kerajaan negeri pada masa itu berusaha bersunguh-bersungguh untuk menghantar seramai mungkin anak Terengganu belajar dalam bidang perubatan bagi melahirkan lebih ramai doktor perubatan dari kalangan anak Terengganu.
Besar harapan saya agar kerajaan negeri terus memantau program tajaan pelajar yang dibuat oleh agensi agar dengan kos yang tidak membebankan dengan kualiti pengajian yang setanding.
Saya doakan anda terus berjaya dan cemerlang dalam kerjaya sebagai doktor perubatan.
Kredit foto Media Paka
No comments:
Post a Comment