TATACARA PERLANTIKAN MB BAWAH PERLEMBAGAAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Rentetan peristiwa perlantikan Menteri Besar telah membawa kepada isu kontroversi kononnya Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal.

Dalam satu artikel yang disiarkan dalam ruangan analisis, The Star pada 21 April 2019 bertajuk " MB of Johor faces first big test" pengarangnya  menulis:

" Dr Sahruddin’s appointment was the talk of Johor political circles because it was Osman who presented his name to the palace instead of Tan Sri Muhyiddin Yassin or the Prime Minister.

Subtle gestures like these are important in Malay politics and there was speculation that the palace did not want to meet Muhyiddin or Dr Mahathir.

Some claimed Dr Sahruddin did not have the full backing of his party. "

Disini isu siapa berkuasa dalam perlantikan Menteri Besar menjadi  pertikaian.

Sesat dihujung jalan, baliklah ke pangkal jalan begitulah pesanan keramat datuk nenek kita. biar mati anak, jangan mati adat (undang- undang ?)

Sebagai rakyat kita semestinya patuh kepada Rukun Negara salah satu prinsipnya ialah KELUHURAN PERLEMBAGAAN. Saya telah jelaskan hal ini dalam posting saya terdahulu peruntukkan Perlantikan MB mengikut perlembagaan Persekutuan yang telah memberi kuasa kepada Raja yang memerintah negeri berkenaan.

Hari ini saya akan menjelaskan kedudukan kuasa melantik Menteri Besar mengikut Perlembagaan Negeri Terengganu.

Perkara 10 Perlembagaan Negeri memperuntukan DYMM melantik MB melalui pengurniaan watikah.

Perkara 14 (4) memperuntukkan DYMM tatkala melantik MB boleh mengikut  pertimbangan Baginda sendiri.

Perkara 12 (2) (a) pula memperuntukan DYMM bolehlah bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk melantik MB.

Jelaslah Perlembagaan memberi kuasa kepada kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam urusan melantik Menteri Besar.

Semestilah sebagai rakyat KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA suatu kewajipan.





No comments:

Post a comment