Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani minta Tun M menyegerakan beliau memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menerajui negara


Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dilaporkan oleh FMT meminta Dr Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilakah beliau akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Beliau yang mewakili PKR berkata, tidak memadai sekiranya Mahathir terus berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada presiden PKR itu tanpa “menyebut dengan jelas tempoh masanya”.

Beliau memberi respons terhadap kenyataan terbaru Mahathir bahawa beliau akan menepati janji yang dibuat berhubung isu peralihan kuasa.

Bagaimanapun perdana menteri, yang bercakap di Tokyo, juga dilaporkan berkata, tidak ada tempoh masa khusus yang ditetapkan semasa janji itu dibuat sebelum pilihan raya umum tahun lepas.

Pemimpin veteran Umno, Shahidan Kassim memberitahu sebagaimana dilapor FMT berkata bahawa Mahathir harus dibenarkan untuk menentukan masa persaraannya.

Kepada saya apa yang lebih penting jasa PM Dr Mahadhir , DS Anwar telah menerima pengampunan penuh, dan status bertukar dari bekas pesalah kepada seorang yang tak pernah melakukan kesalahan. Ini adalah lebih utama dalam meningkatkan maruah dan martabat pemimpin PKR ini.

Namum takrif dan kelayakan pengampunanan penuh ini masih menjadi perdebatan pengamal undang-undang seperti Datuk Takiyyudin Hasan.

No comments:

Post a Comment