Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bersama-sama berada di bulan Ramadhan al Mubarak.
Dan esok 17 Ramadhan kita akan menyambut Nuzul Al Quran yang disambut oleh umat Islam pada setiap tahun.
Peristiwa yang sangat penting dalam sirah Islam iaitu turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril dan ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah surah Al-Alaq ketika Rasulullah berada di Gua Hira'.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amal ibadat sepanjang di bulan yang penuh berkat ini.
Salam Nuzul Al Quran 1440H/2019M dan selamat berbuka puasa kepada semua.
No comments:
Post a Comment