Bahaya bermain mercun... semoga adik Syafiq Haiqal Shaharrudin dipermudahkan semua urusan dan cepat sembuh...

Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai terutamanya budak-budak jangan bermain mercun lebih-lebih di bulan puasa ni. Kalu jadi mende-mende kang dok pasal masuk hospital pahtu dokleh raya. Mitok ibu bapa dan penjaga tu pantau anak-anak main mercun bunga api semua. Malang tak berbau.

Saya juga berdoa adik Syafiq Haiqal Shaharrudin dipermudahkan semua urusan dan cepat sembuh.

Dalam kejadian jam 5:30 petang itu mangsa yang berusia 13 tahun bermain mercun bersama sepupu dan adiknya di luar rumahnya di Kampung Kubang Ikan Besut. Kejadian berkenaan menyebabkan Syafiq cedera parah di pergelangan tangan kanan dan putus kesemua jarinya.

No comments:

Post a comment