Berhati-hatilah semasa memandu kenderaan... Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus pagi tadi

Saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus pagi tadi.

Kepada pemandu kenderaan bersabar dan berhati-hatilah ketika memandu terutamanya dekat hari raya ini.

Jika mengantuk berhenti seketika dan baru teruskan perjalanan. Ingatlah orang yang tersayang.

Jangan kerana mahu cepat sampai di destinasi sehingga menyebabkan ada yang berduka di pagi raya.

Dalam kejadian jam 9:15 pagi hari ini, empat meninggal dunia termasuk seorang wanita mengandung selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Kampung Sungai Ikan dari arah Kuala Terengganu ke Setiu.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA , INGAT INSAN TERSAYANG.

No comments:

Post a Comment