Menarik juga saya membaca artikel Astro Awani 8 Mei 2019 bertajuk Perubahan sukar dilaksana kerana ahli politik PH tidak punya keazaman kata Pemuda DAP sekutu kuat PH.
Esok (Khamis) genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional. Tapi perubahan sukar dilaksana kerana ahli politik PH tidak punya keazaman - Kata Pemuda DAP Chiong Yoke Kong.
Parti pembangkang dikatakan menjadi lebih melampau menggunakan isu Bangsa, Agama, Raja untuk mengagalkan agenda reformasi kerajaan.
Penjawat awam dikatakan oleh pemimpin pemuda DAP ini tidak memberi kerjasama.
Semangat keluhuran undang-undang tidak sepenuhnya ditanamkan dalam masyarakat, oleh sebab itu mereka tidak mudah menerima fungsi pemerintah tanpa rasa takut atau suka.
Perlaksanaan Dasar-dasar baharu menghadapi cabaran kadang-kadang tidak disokong oleh anggota Kabinet dan jabatan lain.
Guane gamok weh !
Ikuti link berkenaan.
Perubahan sukar dilaksana kerana ahli politik PH tidak punya keazaman - Pemuda DAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment