(VIDEO) Pengunjung datang bersama keluarga berbuka puasa beramai-ramai sambil bergambar dengan drawbridge dalam suasana harmoni


Petang semalam saya berkesempatan berkunjung ke Pesisir Payang dan berjumpa dengan orang ramai yang berbuka puasa di sekitar kawasan itu berlatar belakangkan pemandangan Jambatan Angkat atau Drawbridge.

Pengunjung datang bersama keluarga berbuka puasa beramai-ramai sambil bergambar dengan drawbridge dalam suasana harmoni.

Saya sempat bertanya khabar dengan dan mereka memuji dengan keunikan jambatan yang kini menjadi ikon baru di Terengganu yang menarik minat orang datang ke negeri ini.

Selain pengunjung dari sekitar Kuala Terengganu ada juga dari Kuantan yang datang ke sini untuk berbuka berhampiran jambatan yang viral itu.

Saya juga mengambil peluang bertanya khabar dengan golongan peniaga yang menjual bermacam jenis barang seperti pakaian dan makanan di sekitar Bazar Shahbandar Kuala Terengganu.

No comments:

Post a comment