Peniaga mengeluh dan merungut isu sewa tapak bazar Ramadhan tinggi


Semalam saya sempat berkunjung ke tapak bazar tapak hentian bas lama yang sebelum ini ada isu sewa tinggi.

Ketika saya bertegur sapa dan berjumpa dengan peniaga, ada beberapa peniaga memberitahu saya yang mereka masih terpaksa membayar harga sewa tapak yang tinggi.

Peniaga mengeluh dan merungut isu ini dan kata mereka mahu atau tidak mereka tetap perlu membayar sewa tapak yang telah ditetapkan.

Saya berharap isu ini ditangani dengan bijak oleh pihak berkaitan kerana dikhuatiri akan memberi kesan dan membebankan rakyat khususnya pembeli terutamanya ketika orang ramai kini berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dan akan menyebabkan perbelanjaan keluarga untuk membeli kelengkapan hari raya Aidilfitri akan meningkat.

No comments:

Post a Comment