PILIHANRAYA UMUM KE 15 AKAN BERLAKU LEBIH AWAL?

Perjanjian penubuhan gabungan parti-parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan (PH) tidak menjadi kenyataan kerana pendaftaran PH tidak diluluskan.

Sebagai jalan singkat pakatan pembangkang pada masa itu dalam usaha untuk jatuhkan PM Najib, logo parti PKR diguna pakai oleh gabungan parti pembangkang dalam PRU 14 hingga berjaya menumbangkan BN dengan simple majoriti yang cukup-cukup sahaja.

Kebenaran pakatan pembangkang pada masa itu menggunakan logo PKR diikuti perjanjian giliran Perdana Menteri (PM) antara Tun M dan DSAI untuk tempoh selama 2 tahun.


Pada peringkat awal PH memerintah, nampak macam ada perancangan untuk menggagalkan proses penggiliran PM, khusunya isu penggantian DSAI sebagai PM.

Lantas Rafizi , Abdullah Sani Helang Merah dan rakan-rakan memulakan serangan siber dengan pelbagai sudut. Antara isu yang dimainkan adalah kemenangan mereka dalam PRU bukan kerana Tun M tetapi banyak isu lain seperti kenaikan kos sara hidup rakyat, GST, salah guna kuasa dan sebagainya.

Tun M sebagai pemimpin matang dengan cepat mengubati situasi daripada tegang kepada normal hanya dengan menafikan tuduhan serta meminta bukti sekiranya beliau dan Tun Daim ada perancangan.

Akhirnya Tun M mengeluarkan kenyataan mengesahkan DSAI akan mengganti beliau sebagai PM.

Suasana kembali normal ditambah pula kenyataan mohon maaf kepada Tun M oleh Helang Merah yang dibuat secara terbuka.

Tun M mempunyai pilihan menyerah tampuk pemerintahan kepada DSAI melalui pilihanraya umum yang akan disegerakan.

Jika ini pilihan PM, akan berlaku proses Pembubaran Parlimen yang lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang baru yang jangka masa dalam 12 bulan sahaja dari sekarang?

Sekiranya pertukaran PM berjalan secara penggiliran sahaja dan DSAI akan terus jadi PM menggantikan Tun M. Namun dilihat DSAI sebagai PM tanpa mandat baru rakyat kerana Tun M masih lagi mampu memerintah dalam keadaan yang biasa.

Sebaliknya sebagaimana berlaku sebelum ini di zaman Pak Lah dan Najib ambil alih pemerintahan, PM baru akan mengambil mandat baru dari rakyat untuk terus memerintah melalui pilihan raya umum awal yang telah dilakukan. Oleh itu pilihan raya umum awal akan berlaku juga.

Secara normal mengikut peraturan jarak masa antara satu pilihan raya umum adalah antara 30 bulan hingga 60 bulan atau dua setengah hingga 5 tahun.

Perjanjian penggiliran PM antara Tun M dan DSAI akan membawa implikasi pilihan raya umum antara satu ke satu setengah tahun sahaja lagi.

Jika pilihan raya umum bakal berlaku cepat, advantage pasti kepada BN, Umno dan Pas yang sudah mempunyai net working khususnya rangkaian pentadbiran dan  ahli yang besar seluruh negara.

Berbanding dengan pengurusan PH yang sukar apabila kekurangan ahli dan ketiadaan natural net working telah kalah di 3 PRK secara berterusan di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau.

Sebagai jalan keluar atasi kekalahan dalam PRK Sandakan baru ini, sentimen parti dan perkauman terpaksa digunakan. Dapat dilihat dengan jelas apabila PH tidak bertanding dalam PRK Sandakan, sebaliknya parti DAP yang bertanding di kawasan majoriti Cina untuk elak tewas bagi kali keempat walaupun terpaksa lakukan secara menggunakan parti perkauman DAP dan mengenepikan PH dalam PRK Sandakan.

No comments:

Post a Comment