Lokasi projek di kawasan muara selatan Sungai Terengganu yang bercantum dengan Laut China Selatan selari dengan tema bandaraya.
Ciri- ciri dan reka bentuk bangunan Pusat Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga telah diselaras dengan temanya, seperti adanya konsep layar dan seumpamanya.
Pada masa itu (hingga kini) Pusat Pentadbiran Bandaraya Kuala Terengganu berkongsi bangunan dengan Perbadananan Memajukan iktisas Kuala Terengganu.
Bangunan Pusat Pentadbiran MBKT ini telah dibina begitu rupa sesuai dengan kegunaan yang dirancang itu.
Tahun lalu saya mendengar desas desus Menara Bandaraya ini akan bertukar menjadi pusat pentadbiran negeri yang baru menggantikan Wisma Darul Iman.
Jika perancangan pertukaran guna bangunan ini berlaku berapa banyak kos tambahan untuk tukar design dan saiz bilik Datuk Bandar jadi bilik MB, bilik pegawai jadi bilik exco. Saya terfikir lebih parah lagi jika Dewan Undangan Negeri hendak dipindah sama.
Pembinaan bangunan baru bandaraya telah mengambil kira saiz kakitangan untuk menempatkan semua jabatan dan unit dalam Bandaraya dibawah satu bumbung yang akan dapat meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti Pihakberkuasa Tempatan ini.
Perubahan kepada perancangan asal sesuatu bangunan tidak boleh dilaksanakan secara spontan sahaja terutamanya jika melibatkan perubahan struktur. Pengalaman bangunan runtuh suatu masa dulu perlu dijadikan pedoman.
Untuk makluman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan Sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Selaras dengan itu lokasi pusat pentadbiran ini telah disambung dan disatukan kedua-dua daerah ini oleh KTCC Drawbridge (sedang tunggu nama yang sesuai).
Pengekalan penggunaan Bangunan Menara Bandaraya Kuala Terengganu sebagaimana perancangan asal akan dapat meningkatkan lagi imej Majlis Bandaraya Kuala Terenggganu sebagai Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air.
No comments:
Post a Comment