Saya menyambut baik langkah membuka jambatan angkat atau Drawbridge untuk tempoh percubaan sempena Aidilfitri ini...

Saya menyambut baik langkah membuka jambatan angkat atau Drawbridge untuk tempoh percubaan pada 2 Jun sehingga 17 Jun depan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pembukaan ini akan membantu mengurangkan kesesakan yang berlaku di bandar raya Kuala Terengganu terutamanya di Jambatan Sultan Mahmud kerana pengguna jalan raya akan dapat menggunakan laluan alternatif di Drawbridge yang menghubungkan pusat bandar dengan utara Seberang Takir.

Walaupun hanya dibuka sementara ia sedikit sebanyak membantu melancarkan trafik kerana bandar KT dijangka menerima ribuan kenderaan dari seluruh negeri yang datang bercuti sempena musim perayaan.

Jambatan ikonik sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter merupakan salah satu projek pembangunan ECER bernilai RM248 juta dan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Infrastruktur ini telah menjadi mercu tanda baru Terengganu yang kini menjadi sebutan hampir setiap masa malah dijadikan tempat berbuka puasa yang berlatar belakangkan jambatan.

Keunikan jambatan ini mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini.

No comments:

Post a Comment