Syukur alhamdulillah kita kini menuju ke 10 malam terakhir bulan Ramadhan malam ini.
Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu.
Terdapat satu malam dalam sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan yang paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat paling besar dari Allah SWT.
Marilah kita semua meningkatkan amalan ibadat dan mudah-mudahan Allah SWT menemukankan kita dengan malam Lailatul Qadar yang banyak pahalanya.
Lailatul-Qadar (malam kemuliaan) itu lebih baik daripada 1,000 bulan. (al-Qadr: 3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment