Tahniah kepada skuad hoki Malaysia! Tahniah Faizal Saari!


Tahniah kepada skuad hoki Malaysia yang berjaya ke separuh akhir Siri Akhir Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2019 selepas bangkit mengalahkan Wales 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Salah satu jaringan disumbangkan oleh Faizal Saari yang juga tonggak pasukan Terengganu Hockey Team (THT).

Di peringkat separuh akhir Malaysian Tigers akan bertemu dengan Austria pada Jumaat ini.

Juara dan naib juara FIH 2019 layak ke perlawanan kelayakan (play-off match) Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan pada bulan Oktober atau November nanti. Selamat berjuang!

Photo kredit Malaysian Hockey Confederation dan Arena Hoki Malaysia

No comments:

Post a Comment