Tahniah! pasukan Terengganu Cycling Team (TSG)

Kejohanan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang melabuhkan tirai pada 13 April lalu memperlihatkan pasukan dari negeri kita iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) mencatat persembahan cemerlang apabila pelumba Mohd Harrif Salleh muncul juara pada peringkat kedua pertandingan iaitu dari Senawang (Negeri Sembilan) ke Melaka.

Ia sekaligus mengulangi kejayaan LTdL pernah dilakar pelumba berpengalaman dari Terengganu Anuar Manan pada tahun 2010.

Di samping itu Harrif juga telah memperoleh tempat ketiga dalam peringkat peringkat keenam dari Bagan, Pulau Pinang ke Alor Setar dan beliau dinobatkan sebagai pelumba ketiga terbaik keseluruhan bagi kategori Raja Pecut (Jersi Hijau).


TSG yang ditubuhkan sejak 2010 telah meraih banyak kejayaan dalam pelbagai kejohanan domestik dan di peringkat antarabangsa selain menjadi kilang melahirkan pelumba professional yang mewakili Malaysia di Sukan SEA dan Sukan Asia.

Antara cita-cita saya untuk TSG ketika ia diwujudkan adalah TSG bakal menjadi antara pasukan terbaik dunia dan mampu menyertai temasya sukan berbasikal terkenal seperti Le Tour de France dan perlumbaan antarabangsa lain.

Saya berharap TSG akan terus maju jaya dan mampu melahirkan pelumba yang disegani dalam dan luar Malaysia. Gohek TSG Gohek!

No comments:

Post a Comment