Bekas Presiden Mesir Dr. Mohamed Morsi meninggal dunia, Salam takziah kepada keluarga arwah


Salam takziah kepada keluarga bekas Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi yang meninggal dunia semalam.

Beliau adalah seorang Hafiz Al-Quran dan juga merupakan Presiden pertama dalam sejarah negara Mesir yang dilantik dengan sah secara demokratik sebelum digulingkan oleh tentera pada 2013.

Beliau meninggal pada usia 67 tahun ketika hadir perbicaraan di mahkamah Kaherah, Mesir.

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan solihin. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment