Pasukan pilihan ramai Brazil menepati ramalan mara ke separuh akhir Copa America 2019 apabila menang penalti 4-3 ke atas Paraguay selepas seri 0-0 masa sebenar pagi tadi.
Menguasai sepanjang perlawanan gagal membantu Brazil menjaringkan sebarang gol dan benteng pelawat kental bertahan.
Pemain Roberto Firmino yang juga penyerang Liverpool hampa kerana sepakan penaltinya tidak berjaya namun Brazil bernasib baik kerana dua pemain Paraguay gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Walaupun menang penalti, skuad Samba tetap ke separuh akhir dan bakal bertemu sama ada Argentina atau Venezuela.
2 lagi aksi suku akhir menemukan Colombia dengan Chile dan Uruguay menentang Peru.
#CopaAmerica
No comments:
Post a Comment