Brazil seri 0-0 dengan Venezuela dalam aksi ke-2 Kumpulan A Copa America pagi tadi

Brazil seri 0-0 dengan Venezuela dalam aksi ke-2 Kumpulan A Copa America pagi tadi.

Mereka terlepas 3 gol yang dinafikan oleh pengadil melalui teknologi Video Bantuan Pengadi (VAR) terutama gol ke-3 hasil sepakan Philippe Coutinho kerana seorang lagi pemain Roberto Firmino dikatakan berada di kedudukan offside.

Pasukan Samba beraksi baik dan menguasai 75 peratus permainan namun gagal menemui jaringan di samping pertahanan Venezuela bertahan dengan penuh disiplin sepanjang perlawanan.

Tetapi Brazil masih tangga pertama dengan 4 mata. Lepas ni Brazil akan melawan Peru Ahad depan.

1 lagi perlawanan berkesudahan Bolivia 1-3 Peru semalam. Ini bermakna Bolivia tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan A Copa America 2019 manakala Peru serta Venezuela masih berpeluang ke peringkat berikutnya.


No comments:

Post a Comment