Jambatan angkat atau drawbridge dibuka kepada orang ramai untuk percubaan pada esok, jam 7 pagi hingga 17 Jun

Mulai jam 7.00 pagi esok sehingga 17 Jun kerajaan negeri telah umumkan akan membuka jambatan angkat atau drawbridge kepada orang ramai untuk percubaan.

Peluang ini pastinya bukan sahaja diambil oleh masyarakat setempat tapi juga oleh mereka dari luar yang teruja dengan keunikan jambatan ini.

Ramai yang menghubungi saya menyatakan mereka akan membuat catatan sebagai pengguna hari pertama jambatan dibuka.

Sambutan pada hari pertama pembukaan saya jangka akan tinggi kerana keterujaan masyarakat untuk melihat dari dekat melibatkan masyarakat sekitar dan luar sempena cuti Aidilfitri dan cuti persekolahan.

Suka saya nasihatkan pengunjung dan pengguna jambatan angkat ini supaya sentiasa berhati-hati serta mengikuti arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kemalangan.

Walaupun belum dibuka kepada orang ramai kini setiap hari ramai pengujung datang untuk melihat keunikan jambatan ini serta berkumpul di Dataran Pesisir Payang sambil berbuka puasa.

Kegiatan ekonomi dan perniagaan telah pun bermula di sini antaranya jualan makan minum pakaian dan sebagainya.

Satu yang menarik ialah jualan dan sewaan tikar yang diusahakan disini. Setiap keluarga yang datang untuk berbuka puasa perlukan tikar untuk jadikan alas duduk.

Sebidang tikar boleh dibeli dengan harga RM10 atau sewa RM5. Sebidang tikar yang disewa perlu deposit RM5 yang akan dikembalikan setelah tikar diserah kembali.

Pembinaan drawbridge ternyata telah menjadikan daya penarik baru pelancong berkunjung ke Terengganu.

Jika dirancang dengan baik akan dapat wujudkan peluang pekerjaan baru khususnya perniagaan untuk diceburi oleh masyarakat setempat.

Kredit foto ASR Production

No comments:

Post a Comment