Kira-kira 1,000 peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) akan berpindah ke Pasar Payang 2 iaitu tapak pasar sementara pada bulan ini selepas dua bulan ia ditangguhkan.
Kebanyakan peniaga kini bersedia berpindah ke PBKP 2 selepas kerja-kerja membina bangunan baru akan dimulakan bagi menggantikan bangunan lama berusia 51 tahun yang mengalami masalah retak pada struktur bangunan.
Insyaallah diharapkan selepas siap kelak, PBKP akan memberi banyak kemudahan kepada pengunjung yang dapat membeli dalam suasana lebih selesa.
Rancangan pembinaan Pasar Payang baru mula dirangka ketika tahun 2013 yang mempunyai pelbagai infrastruktur yang lengkap dan selamat sekaligus mengekalkan imej pasar yang sinonim dengan negeri Terengganu itu.
Pasar Payang 2 beri kemudahan dan keselesaan kepada peniaga dan juga kepada pengunjung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment