Peluang Terengganu FC perbaiki kedudukan Liga Super terbantut selepas kekalahan kali ke-6 malam tadi

Kekalahan kali ke-6 malam tadi membantutkan peluang Terengganu FC untuk memperbaiki kedudukan Liga Super yang lebih selesa.

Dalam perlawanan itu layangan kad merah kepada pemain import TFC Dechi Marcel pada minit awal telah menganggu tempo permainan dan situasi ini sedikit sukar beraksi dengan 10 pemain.

Ia ditambah ketiadaan beberapa pemain utama yang cedera serta digantung perlawanan dan gagal mengulangi prestasi ketika bertemu Melaka United sebelum ini.

Ramai penyokong kita tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil berkenaan dan wajar pengurusan TFC segera menghantar bantahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM kerana sebelum ini pun ada kes melibatkan pengadil berkenaan.

Berbaki 5 perlawanan TFC harus merebut peluang untuk mengumpul seberapa banyak mata yang boleh kerana harus diingat sasaran awal pengurusan tertinggi TFC adalah berada di kedudukan tiga terbaik liga super.

Selepas ini TFC dijadualkan bertemu Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super seterusnya.


No comments:

Post a Comment