Pingat Perak Kejohanan Memanah Dunia, Tahniah! Anok Terengganu memang nelang!

Tahniah saya ucapkan kepada Khairul Anuar Mohamad atlet kelahiran Kampung Pasir Gajah Kemaman Terengganu yang mendapat pingat perak dalam perlawanan final acara recurve individu lelaki Kejohanan Memanah Dunia 2019 di di Hertogenbosch, Belanda semalam.

Dalam penentuan shoot-off yang sengit itu dimenangi oleh Brady Ellison dari Amerika Syarikat yang juga pemanah nombor tiga dunia.

Walaupun sekadar naib juara, pencapaian beliau tetap mengharumkan nama negara dan ia merupakan pemanah Malaysia pertama memenangi pingat pada Kejohanan Dunia.

Lebih membanggakan Khairul telah menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mara ke final tersebut.

Khairul 27 tahun, sebelum ini pernah meraih pingat gangsa pada Piala Dunia 2017 dan 2018.

Anok Terengganu Nelang!


No comments:

Post a Comment