(VIDEO) Program sehari di Hulu Terengganu, terima kasih menjadi tuan rumah dalam program sehari Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersama masyarakat semalam

Terima kasih kepada kepimpinan UMNO Hulu Terengganu Rasmi yang menjadi tuan rumah dalam program sehari Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersama masyarakat semalam.


Dalam program sehari di Hulu Terengganu semalam, saya bersama-sama kepimpinan UMNO Negeri Terengganu dan Bahagian Hulu Terengganu telah mengunjungi beberapa rumah keluarga miskin termasuk di Kampung Nasi Dingin, Kampung Sungai Ular dan Kampung Binjai Kertas.

Diharapkan dengan sedikit sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan berkenaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal tiba.



Aktiviti terakhir dalam program sehari di Hulu Terengganu saya dan kepimpinan UMNO Terengganu menyertai Sesi Bersama Jawatankuasa Peringkat 4 Bahagian yang diadakan di Markas Kampung Kuala Akob.

Dalam program itu saya berkongsi dengan orang kampung mengenai isu semasa negeri dan negara.

Kemudian kami berbuka puasa dengan kepimpinan UMNO dan orang kampung Cawangan 4 Peringkat Hulu Terengganu di Masjid Kampung Kuala Akob. Memang sedap sungguh ikang sungai bakor Hulu Tranung boh!

No comments:

Post a Comment