Terengganu FC kekal di tangga ketujuh selepas keputusan seri menentang Melaka FC

Keputusan seri 3-3 dengan Melaka United semalam telah meletakkan pasukan Terengganu FC kekal di tangga ketujuh selepas 16 perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, TFC membawa pulang satu mata ke Kuala Terengganu dengan memungut 21 mata secara keseluruhan.

Semangat melawan pemain TFC bangkit daripada ketinggalan wajar mendapat kredit dan menunjukkan mereka tidak mudah menyerah kalah.

Lebih menarik pemain import dari Uzbekistan Sanjar Shaakhmedov mencuri tumpuan ramai apabila meledak hatrik yang juga hatrik pertama beliau bersama TFC namun sedikit hampa apabila satu sepakan penalti gagal disudahkan dengan baik.

Taktikal barisan jurulatih TFC menyerap masuk Dechi Marcel daripada pasukan TFC II berjaya membentuk gandingan tengah mantap dengan Sanjar.

TFC harus mengekalkan momentum prestasi dan corak permainan ketika kempen Liga Super yang semakin melabuhkan tirainya.

Selepas ini skuad Penyu akan bertemu Perak dan penyokong setia sudah pasti mengharapkan kemenangan sekaligus dapat mengutip tiga mata penuh. Bangkit Terengganu!


No comments:

Post a Comment