Brazil juara Copa America 2019!


Pasukan pilihan ramai menepati ramalan apabila menjuarai pertandingan dengan kemenangan selesa menewaskan Peru 3-1 pagi tadi.

Ini adalah piala Copa America kali ke-9 yang dimenangi Brazil selepas kali terakhir pada 2007 di Venezuela dan Brazil layak digelar Raja Bola Benua Amerika Selatan.

Gol oleh Everton, Gabriel Jesus dan Richarlison melengkapkan hari gemilang skuad Samba meraih piala di depan penyokong setia mereka.

Kejayaan itu sedikit terganggu apabila penjaring gol kedua Gabriel dibuang padang oleh pengadil akibat kekasaran yang dilakukan kepada pemain lawan.

Semalam Argentina muncul pasukan ketiga terbaik Copa America selepas mengetepikan Chile 2-1 namun kapten pasukan itu Messi dilayangkan kad merah kerana terlibat insiden dengan pemain Chile.

No comments:

Post a Comment