Copa America 2019 : Brazil ke final!


Sedak molek layan game separuh akhir Copa America 2019 Brazil vs Argentina sebentar tadi yang membawa Brazil ke final selepas menang 2-0.

Jaringan Gabriel Jesus (minit ke-19) dan penyerang berbisa Roberto Firmino minit ke-71 melengkapkan kemenangan Samba untuk mara ke perlawanan akhir.

Kualiti permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan penuh dengan taktikal yang agresif sangat menghiburkan penonton namun Brazil membuktikan mereka lebih layak ke peringkat seterusnya dan menyingkirkan Argentina.

Kapten Lionel Messi kempunan lagi untuk merasa piala pertama bersama pasukan kebangsaan Argentina dan harus mencuba lagi dalam kejohanan lain akan datang.

Pagi esok satu lagi aksi separuh akhir akan berlangsung di antara Chile dengan Peru sementara final dijadualkan pada Ahad ini.

No comments:

Post a Comment