Jaringan menerusi sumbangan Sanjar Shaakhmedov dan gol penyamaan Kipre Tchetche pada minit akhir permainan menggembirakan penyokong

Comeback terbaik dari Terengganu FC apabila berjaya mengikat pasukan Kedah 2-2 dalam game Liga Super di Kuala Terengganu malam ini.

Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama dengan Kedah mendapat gol seawal minit ke-4, pemain TFC tidak berputus asa dan berjuang untuk bangkit.

Namun serangan bertubi-tubi dilancarkan ke kawasan pelawat dapat dipatahkan oleh benteng Kedah yang bertahan dengan baik.

Jaringan Peteh hadir menerusi sumbangan Sanjar Shaakhmedov dan gol penyamaan Kipre Tchetche pada minit akhir permainan menggembirakan penyokong yang memenuhi segenap ruang stadium.

Secara keseluruhan permainan yang dipamerkan oleh skuad Penyu sangat menghiburkan dan boleh ditambah baik.

Keputusan seri mengekalkan TFC di tangga ke-6 dengan mengutip 28 mata selepas 20 perlawanan.

Terbaik TFC!


1 comment:

  1. Play casino - No.1 for the Casino Guru
    No longer have the opportunity to go 1등 사이트 to the casinos or read the reviews of the slots you love. But they're not always https://febcasino.com/review/merit-casino/ the same. Sometimes bsjeon you have a sol.edu.kg new https://jancasino.com/review/merit-casino/ online

    ReplyDelete