(VIDEO) Kita ahli UMNO menyambut baik DS Zahid untuk bersama memperkukuhkan parti dengan Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohamad Hasan

Saya mengalu-alukan DS Zahid Hamidi kembali bertugas sebagai Presiden UMNO kerana hak beliau untuk kembali berkhidmat dan memimpin parti dalam menghadapi PRU akan datang.

Kita ahli UMNO menyambut baik DS Zahid untuk bersama memperkukuhkan parti dengan Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohamad Hasan dan kita percaya gandingan ini boleh memacu parti ke mercu kejayaan.

Saya yakin beliau mempunyai misi dan perancangan dalam UMNO untuk mengambil alih kuasa dari PH yang gagal memenuhi janji manifesto PRU sebelum ini.

Kita berkeyakinan cukup tinggi (untuk menang) sekarang ini dan tidak mustahil PRU akan diadakan dlm masa terdekat.

Kes yang dihadapi DS Zahid Hamidi adalah isu peribadi beliau dan masih dalam peringkat sebutan dan masih belum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah. Dari prinsip perundangan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan atau disabit oleh mahkamah.

Gambar ketika Majlis Ramah Mesra YB DS Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) dan Kepimpinan bersama Pengamal Media Terengganu di Taman Tamdun Islam Kuala Terengganu semalam

No comments:

Post a comment