Saya menziarahi pemimpin veteran UMNO Bahagian Setiu


Saya menziarahi pemimpin veteran UMNO Bahagian Setiu di Kampung Pandan Jaya dan Kampung Rhu Sepuluh dalam program sehari bersama masyarakat di Setiu kelmarin.

Dua pemimpin berkenaan adalah Tuan Che Hussein 74 tahun dan kemudian saya mengunjungi keluarga Allahyarham Cikgu Sauti Omar 57 tahun. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang beriman dan para syuhada.

Kedua-dua merupakan pemimpin UMNO Setiu yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada parti sejak sekian lama.

Semangat juang tanpa mengenal penat lelah yang ada pada pemimpin lama harus dicontohi terutamanya generasi muda sekarang.

Hadir sama dalam kunjungan ini adalah Adun Permaisuri Dato' Abd Halim Jusoh, Adun Batu Rakit Bazlan Abd Rahman, mantan Adun Jabi Mohd Iskandar Jaafar dan pemimpin setempat.


No comments:

Post a comment