Tahniah! mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional


Tahniah kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC.

Semoga ‘Bossku’ dapat membantu BN dalam usaha memperkasa parti, mengembalikan semula sokongan rakyat dan seterusnya memenangi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) yang akan datang.

No comments:

Post a Comment