Tahniah! Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia apabila memperoleh pingat perak acara sprint dalam kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019

Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia apabila memperoleh pingat perak acara sprint dalam kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang diadakan di Sundrive Velodrome Ireland semalam.

Anak kelahiran Dungun meraih tempat kedudukan kedua manakala Jason Kenny dari Great Britain muncul juara acara sprint sekaligus memenangi pingat emas.

Untuk rekod, Jason Kenny merupakan pemenang pingat emas acara Keirin Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro dan Azizul pula mendapat pingat gangsa.

Semoga pencapaian ini menjadi motivasi dan semangat kepada Jijoe untuk beraksi lebih cemerlang dalam misi memburu pingat emas di temasya sukan terulung Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada Julai tahun depan.

Tahniah Jijoe! Anok Terengganu Nelang!


No comments:

Post a Comment