Choon Huat menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat selepas menewaskan pencabar Matador Racing Thomas Thrall dan Cycling Training CC Boon Kiak Yeo yang sekadar menduduki tempat kedua dan ketiga pertandingan.
Seorang lagi pelumba TSG Mohd Zamri Saleh meraih pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan ke-6 daripada keseluruhan 37 pelumba kejohanan.
TSG kini berada di tangga ke-2 kategori Asia Tour Ranking di belakang Team Sapura Cycling (TSC) dalam ranking terkini yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Tahniah Choon Huat, Zamri, pelumba TSG dan kesemua krew pasukan yang bekerja keras dalam setiap perlumbaan yang disertai.
Gohek TSG Gohek!
No comments:
Post a Comment