(VIDEO) Majlis santai kepimpinan UMNO Negeri dengan pengamal media... Terima kasih kepada semua

Saya bersama kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) berkesempatan bersama pengamal media seluruh Terengganu dalam satu majlis santai di Taman Tamadun Islam petang semalam.

Dalam program ini kami saling berkongsi pandangan mengenai isu semasa yang berlaku di negara ini juga bertanya khabar kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo dalam suasana mesra dan santai.

Media mempunyai peranan penting dalam mendidik masyarakat di samping menyampaikan ilmu dan bahan bacaan serta melaporkan sesuatu berita kepada rakyat.

Saya berharap hubungan ikatan ukhuwah yang erat dan kukuh bersama media dapat diteruskan pada masa ini dan akan datang dan semoga media terus melaporkan berita yang berunsur ilmiah dan bermanfaat kepada tatapan umum.



No comments:

Post a Comment